بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
SEGALA PUJI, SALAM DAN SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW SERTA KELUARGA BAGINDA.
Semoga anda Yang sedang Membaca Ini dilimpahi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah Oleh Allah SWT.
.
sebelum bermula tu, nak tanya sikit,
Apakah anda salah seorang yang tengah rasa serabut dengan hutang yang semakin menimbun dan tak habis-habis ni?
.
jika ya, boleh teruskan pembacaan ya, sebab panjang ni nak baca sampai habis ke bawah tu.
.
Pernah tak,
Kadang-kadang kita rasa macam takkan habis hutang ni. makin kuat kita bekerja, makin banyak pulak hutang yang ada
ni. sebab apa agak-agaknya ya?
.
ini bukan salah anda, anda memang sudah berusaha kuat untuk selesaikan segala hutang ni secepat yang mungkin,
cuma kadang-kadang belum rezeki kita lagi nak dapat kan.
.
nak tak, kalau kami nak kongsikan cara untuk selesaikan hutang ini lebih cepat dari perspektif serta mengikut cara
agama islam ?
KETAHUI AMALAN DAN DOA UNTUK SELESAIKAN HUTANG SERTA KOMITMEN ANDA YANG TINGGI
Sebelum tu, saya kenalkan dulu siapa saya. Nama saya Haji Ismail Muhammad. Saya bukanlah Ustaz, pendakwah ataupun alim ulamak yang boleh mengajarkan agama. Saya sama sahaja seperti anda semua, insan biasa yang menghuni di bumi Allah SWT ini. Secara hakikinya pekerjaan saya adalah berniaga sepenuh masa. Saya sudah hampir 22 tahun berniaga secara penuh dan dah banyak sepak terajang dalam dunia perniagaan ini saya hadapi. Isu masalah hutang yang bertimbun, tak selesai dan pelbagai lagi isu lain. Memang jika difikrkan macam tak selesai rasanya hutang ni semua sampai bila-bila.
.
Sehinggalah saya selesai kerjakan Haji pada tahun 2023, saya mula dekatkan diri dengan agama, bergaul dengan guru agama, amalan zikir dan doa saya dapat secara terus apabila belajar agama secara direct dengan guru-guru agama ini.
.
.
BAGAIMANA TIBA-TIBA NAK TULIS EBOOK MACAM NI?
.
Ceritanya begini, selepas saya pulang dari mengerjakan haji dahulu, perniagaan saya mengalami beberapa masalah yang agak "crucial". Kami mengalami beban hutang yang banyak, dan sukar nak recover secara terus. Saya dan rakan-rakan niaga yang lain rasa macam agak sukar juga nak teruskan perniagaan macam ni. Apa yang berlaku adalah saya pergi berjumpa dengan ibu saya mohon maaf dan minta didoakan semoga kami dapat atasi masalah ni. ( Ibu saya dah agak uzur dan tua serta keadaan kesihatannya pun agak kurang baik)
.
Ibu saya cuma cakap satu ayat sahaja yang buatkan saya terpaku dan rasa insaf sangat. Kata-kata ibu saya adalah, " Kadang-kadang kita sibuk kejar dunia sampai kita lupa nak mohon bantuan daripada pemilik rezeki di alam ni, kembalilah pada Allah dan dekatkan diri dengan DIA sebab dia MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGASIHANI HambaNYA."
.
Lepas dengar tu, saya rasa macam terpaku sekejap. Selama ni bukan nak cakap apa, saya rasa dari segi pengetahuan, strategi perniagaan dan "know how" dalam perniagaan ini saya rasa macam dah lengkap sangat. Ada jugak perasaan yang rasa macam kita ni dah hebat sangat, sampai lupa yang sebenarnya segala rezeki kita dapat ni adalah kurniaan Allah SWT semata-mata.
.
Bila rasa tersedar tu, saya mula pergi dekatkan diri dengan ceramah ustaz, guru agama dan mula follow ceramah-ceramah agama di media sosial. Saya juga mula rujuk kitab-kitab agama yang ada, dan bertanya ustaz-ustaz agama yang berkelayakan berkaitan dengan amalan terbaik untuk selesaikan hutang ni semua.
.
Hasil dari pengajian ni, amalan yang diamalkan sendiri oleh saya dan team saya, maka saya rangkumkan semua dalam Ebook khas ini untuk anda :

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a., di mana Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."
(Hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, no. 5787)
Dalil Lain yang Berkaitan:
Hadis riwayat Muslim: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim, no. 2699)
Bersandarkan 2 hadith di atas nilah buatkan saya rasa bersemangat nak rangkumkan semua amalan doa dan zikir harian yang ada ini dan berkongsi dengan anda sekiranya anda rasa memerlukan.
APA YANG ADA DALAM EBOOK INI ?
Suka ingin saya katakan dalam ebook ini adalah amalan yang saya belajar dan saya amalkan sendiri sepanjang lebih 12 bulan kebelakangan ini. Nak saya katakan setiap hari saya dapat buat mungkin tidaklah juga, ada juga kadang-kadang sebahagian amalan tu saya tertinggal , tetapi Alhamduliilah sebahagian besar dapat dijalankan juga.
.
Dalam Ebook ini dikongsikan :
- BAB1: Pengenalan Tentang Hutang
- BAB2: Prinsip Utama Dalam Menguruskan Hutang
- BAB3: Amalan Untuk Membantu Menyelesaikan Hutang
- BAB4: Doa-doa Bebas Dari Hutang
- BAB5: Kisah Inspirasi Bebas Hutang
- BAB6: Amalan Praktikal untuk Selesaikan Hutang
- Ringkasan 27 Amalan Dan Doa Untuk Selesaikan Hutang
Saya kongsikan bukan sahaja senarai doa dan amalan tetapi juga sedikit strategi dan perancangan bagaimana kita boleh dapat selesaikan hutang kita dalam waktu yang lebih cepat berbanding sebelumnya. Turut saya kongsikan adalah sedikit kisah-kisah inspirasi bebas hutang yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk kita.
APAKAH DENGAN MENGAMALKAN APA YANG ADA DALAM EBOOK INI KITA AKAN BERJAYA SELESAIKAN HUTANG?
.
Secara jujurnya, amalan yang ada dalam ebook ini adalah antara perkara yang boleh kita amalkan dalam usaha kita untuk pastikan kita dapat selesaikan hutang kita secara konsisten. Selain daripada mengamalkan doa dan zikir yang dikongsikan dalam ebook ini, kita juga hendaklah berusaha secara konsisten untuk memastikan kita boleh mengumpul rezeki dan wang yang cukup untuk bayar semua hutang yang ada.
.
Apakah saya dah berjaya selesaikan hutang saya semua?
.
Jujurnya, semua hutang saya belum lagi dapat diselesaikan secara penuh, sebab jumlah hutang saya bukanlah sedikit, lebih daripada RM 3 juta keseluruhannya. Tetapi, sedikit demi sedikit hutang ini telah berjaya diselesaikan ikut jadual dan Allah SWT memang membantu banyak dalam mengurniakan rezeki yang secukupnya untuk saya, keluarga dan perniagaan saya. Secara kasarnya, perniagaan saya sedang berada dalam laluan yang betul untuk menyelesaikan semua masalah hutang kami.
.
Saya bukanlah hendak menjanjikan bahawa ini adalah satu-satunya solution terbaik untuk anda selesaikan hutang anda, tetapi tidak salah sekiranya saya hendak kongsikan amalan doa dan zikir yang terbaik untuk anda amalkan. Jika kita susah, minta lah bantuan dengan Allah SWT. Inshaa Allah, akan dibantu, cuma janganlah berputus asa.
.
Saya bukanlah berniat untuk menggunakan platform agama untuk meraih keuntungan atau apa, niat saya cuma satu sahaja, iaitu untuk berkongsi amalan doa yang baik, dan amalan praktikal secara amnya bagaimana strategi untuk kita selesaikan masalah hutang kita. Saya berharap perkongsian yang saya rangkumkan dalam ebook ini boleh membantu saudara dan saudari untuk selesaikan masalah hutang anda semua.
.
Atas sebab itulah, saya tidak meletakkan harga yang tinggi pun untuk anda membeli ebook ini. Anda boleh dapatkan ebook ini dengan harga hanya RM 29 SAHAJA !
Saya percaya, content yang ada dalam ebook ini sangat bermanfaat dan boleh membantu anda semua. Niat saya pun dengan keuntungan yang saya dapat dalam penjualan ebook ini ingin saya sedekahkan sebahagian kepada badan amal ataupun surau, masjid yang memerlukan supaya sekurang-kurangnya anda pun dapat pahala yang berterusan daripada sumbangan pembelian ebook ini.Dah ready nak dapatkan ebook ini?
Boleh dapatkan di bawah ini ya. Berilah sumbangan seikhlas anda untuk ebook ini.
Terima Kasih
Tuan Haji Ismail Muhammad