بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah SWT, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
.
Saya mulakan penulisan ini dengan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh kepada semua yang membaca tulisan ini.
.
APAKAH ANDA INGIN HIDUP YANG LEBIH TENANG, "STRESS FREE" DAN JUGA DAPAT SELESAI SEMUA MASALAH YANG TENGAH MEMBELENGGU DIRI ANDA SELAMA INI?
Jika ya jawapannya, boleh teruskan scroll ke bawah ini
Saya membuat tulisan ini tidak mengikut format sales copywriting atau mana-mana write up page yang dicadangkan. Tetapi tulisan ini saya tulis lebih kepada tulisan yang ditulis dari hati terus kepada tuan-tuan dan puan-puan yang membaca secara terus.
.
Saya percaya jika tuan-tuan dan puan-puan sampai ke sini untuk membaca tulisan ini, sudah tentulah anda semua ada tersimpan di dalam hati ingin melakukan perubahan dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan dapat mendekatkan diri dengan lebih dekat lagi dengan Pencipta kita, Allah SWT.
.
Sama seperti saya.
.
Sebelum tu, saya nak buat disclaimer ya, saya bukanlah ustaz, agamawan atau pakar motivasi. Saya hanyalah insan biasa sama sahaja seperti anda. Masih lagi merangkak mencari ilmu dan cuba memperbaiki diri ini dalam perjalanan menuju ke alam nyata dan kekal.
.
Ramadhan kini tiba lagi.
.
Apa yang boleh kita manfaatkan dengan kehadiran Bulan Ramadhan tahun ini?
.
Bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan rahmat yang dikurniakan Allah SWT untuk hamba-hambaNYA seperti kita. Inilah bulan yang diturunkan segala rahmat dan pengampunan buat kita semua. Rugi jika kita tak manfaatkan dengan sepenuhnya.
.
Tidak dinafikan, ketika ini, hidup saya tidaklah seindah seperti yang diharapkan atau dijangkakan oleh orang lain di luar. Saya secara amnya adalah merupakan seorang peniaga dan menjalankan beberapa perniagaan yang berbeza industri. Selama ini, saya sering mengambil mudah kehadiran bulan Ramadhan. Saya terlalu mengejar keuntungan perniagaan dan kerja sehingga kadang-kadang terlepas waktu solat jemaah, tak larat nak bagun solat malam, mengabaikan waktu membaca Quran dan kadang-kadang waktu bersama dengan keluarga juga berkurangan.
.
Apa yang berlaku sudahnya?
.
Hari makin hari perniagaan saya semakin sukar, hutang semakin meningkat, keperluan keluarga pun kadang-kadang tak mampu nak disediakan. Makin saya mengejar dunia, makin jauh dunia tu meninggalkan saya. Makin banyak permasalahan yang berlaku dan buatkan saya semakin penat dan mula berputus asa.
.
Sehinggalah saya dipertemukan dengan bulan Ramadhan tahun lalu.
.
Bulan Ramadhan tahun lalu saya dipertemukan dengan seorang Ustaz yang mengajar tentang bagaimana untuk kita mula tenangkan diri dan cuba kembali kepada Allah SWT. Serahkan semua urusan dan hasil yang kita harapkan kepada Allah SWT.
.
Ayat Ustaz ini yang buatkan saya terpaku adalah ;
"Kerja kita sebagai hamba ini adalah berusaha, keputusan dan hasil daripada usaha kita itu adalah kerja Allah SWT"
.
Jangan sekali-sekali bimbang dengan keputusan yang telah Allah SWT berikan kepada kita, kerana sesungguhnya itu semua adalah yang terbaik untuk kita. Apabila kita telah berusaha, janganlah sekali-kali kita lupa untuk terus menerus beribadat dan bertakwa kepada Allah SWT.
.
Selepas mendengar nasihat ustaz ini, saya mula membuat kajian, bacaan dan juga rujukan bagaimana saya nak memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan ini. Saya nak jadikan bulan Ramadhan ini sebagai turning point dan juga medan latihan saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan terbaik di sisi Allah SWT. Hasil daripada rujukan dan kajian itulah, saya menemui himpunan zikir, doa dan amalan serta cara hidup yang patut kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Semua ini telah saya compilekan bersama dalam ;
EBOOK 30 AMALAN ZIKIR DAN DOA SEPANJANG 30 HARI BULAN RAMADHAN
Dalam ebook ini sebenarnya adalah lebih kurang seperti diari harian yang telah saya susunkan bermula dari Hari pertama kita berpuasa hinggalah Hari ke- 30 bulan Ramadhan.
.
Dalam ini juga ada saya compilekan bersama senarai zikir, doa, tema harian apa yang patut kita buat, refleksi diri dan juga amalan harian yang boleh kita buat sepanjang bulan Ramadhan ini.
.
Apakah yang saya nikmati hasil daripada amalan zikir, doa dan refleksi diri yang ditulis dalam ebook ini?
.
Diri saya menjadi lebih tenang, walaupun masalah yang datang sentiasa banyak dan tidak pernah selesai, tetapi amalan-amalan ini memberi saya ketenangan minda dan juga menanamkan perasaan positif dalam diri bahawa saya boleh selesaikan semua masalah ini dengan bantuan Allah SWT.
.
Saya sebenarnya adalah seorang yang logik, dan jarang percaya dengan perkara-perkara spiritual. Saya sentiasa percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mesti ada penjelasan saintifiknya. Tetapi, hubungan dengan Allah SWT, zikir dan doa ini semuanya adalah perkara-perkara yang tidak boleh dijelaskan melalui kaedah sains. Semua ini melibatkan iman, kepercayaan dalam diri dan yang paling penting sekali adalah minda kita yang sentiasa yakin bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk melindungi dan membantu kita setiap masa.
.
Inilah latihan dan juga amalan yang saya jalankan sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas, dan kini say anak berkongsi dengan anda untuk kita sama-sama amalkan dalam bulan Ramadhan kali ini. Kita sama-sama jadikan bulan Ramadhan tahun ini sebagai bulan yang terbaik buat diri kita, ubah diri kita untuk jadi lebih berdisiplin dalam beribadat, dan yang paling pentingnya kita sama-sama berdoa semoga amalan yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan pastinya boleh membantu juga dipermudahkan urusan kita sekiranya menghadapi masalah dalam bulan Ramadhan ini.
.
Sekiranya anda berminat nak dapatkan ebook ini, boleh dapatkan dengan membeli di borang tempahan di bawah ini. Harga berapa? Saya takde nak tetapkan harga berapa, ikutlah tuan-tuan dan puan-puan nak sumbangkan berapa untuk ebook ini. Yang paling penting adalah saya dapat berkongsi dengan anda semua amalan zikir, doa dan juga aktiviti harian yang kita boleh buat sepanjang bulan Ramadhan ini.
KENAPA ANDA MESTI DAPATKAN EBOOK INI?
.
Bagi saya, ebook ini sangat-sangat membantu anda yang ingin mencari kelainan dalam menghadapi bulan Ramadhan tahun ini. Ebook ini boleh dijadikan sebagai salah satu panduan diari harian tentang aktiviti dan doa apa yang kita nak amalkan pada hari ini. Percayalah cakap saya, apabila kita perbaiki hubungan dan dekat diri dengan Allah SWT, segala isu atau masalah yang kita sedang hadapi sekarang ini di dunia boleh diselesaikan dengan mudah sahaja berkat pertolongan daripada Allah SWT. Itu yang kita mahukan sepatutnya betul tak? Mulakan langkah anda dengan miliki ebook ini dahulu dan amalkan apa yang terkandung dalam ebook ini untuk amalan harian kita pula selepas itu.
.
OH YA, LUPA NAK CAKAP. ADA BONUS CONTENT JUGA YA. STRATEGI BAGAIMANA UNTUK KHATAM AL-QURAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI
.
Turut di sertakan dalam ebook ini ada saya kongsikan checklist, strategi dan bagaimana untuk kita selesaikan semua 30 juzuk AL-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini adalah content tambahan yang boleh anda gunakan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan sasaran kita adalah untuk khatamkan bacaan Al-Quran sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan ini.
.
Boleh klik pada ruang tempahan di bawah untuk dapatkan ebook ini ya.
.
Salam Ikhlas,
Khairoul Kamaruddin (KANAZ)